Popular Posts

Saturday, December 10, 2011

OPERASI TAMBAH.......

Operasi tambah memang dirasakan suatu operasi yang menyenangkan bagi kebanyakan murid. Di sini saya kongsikan bagaimana untuk menambahkan lagi minat murid terhadap p & p Matematik khususnya dalam operasi tambah  dengan menggunakan Jadual Sifir Tambah.

Kaedah ini mungkin sangat berguna terutamanya untuk pelajar yang amat lemah dalam Matematik.....

Bagaimana menggunakannya????
Contoh: 7 + 8  = _____

Cari nombor 7 pada barisan melintang yang pertama
Kemudian cari pula nombor 8 pada barisan menegak di sebelah kiri.
Cari di mana titik pertemuannya......

ya.... mereka bertemu di 15
ini bermakna 7 + 8  = 15

Sungguh menyeronokkan....
Cuba pula untuk nombor yang lain......

Selamat Mencuba.......



Menambah dua nombor : dua digit dengan dua digit
 
Ada pelbagai kaedah digunakan.
Tetapi ingat.... 
pastikan ia difahami sepenuhnya oleh murid 
jangan salah konsep sudah ler....